Kami telah membina laman web, aplikasi berasaskan web, grafik, aplikasi Facebook untuk pelbagai kegunaan. Tanpa mengira skala, dari reka bentuk blog sehingga mencipta identiti online syarikat korporat besar di seluruh negara kami sedia membantu. Dengan kekuatan pasukan yang ada, tidak hairanlah mengapa makin ramai memilih kami untuk mencipta identiti perniagaan di internet.

Plusbytes.com telah diasaskan sejak 2009. Pada mulanya, perkhidmatan ini dijalankan secara freelance dengan hanya menawarkan perkhidmatan untuk skala kecil. Menyedari hakikat bahawa perniagaan ini kian berkembang maju, maka tertubuhlah sebuah pasukan yang mana setiap ahlinya mempunyai kebolehan dan kemahiran yang berbeza. Kami berbangga dengan kejayaan membantu usahawan, individu mahupun syarikat korporat merialisasikan impian memiliki laman web dan sekali gus telah membantu mencipta satu komuniti yang maju selangkah kehadapan dalam perniagaan atau identiti online.

Pengurusan Pelanggan Yang Efisyen

Kami menjalankan pengurusan secara atas talian. Ianya lebih efisyen dan berkesan. Dengan kaedah ini, pelanggan boleh mengakses sistem atas talian ini pada bila-bila masa menggunakan ID dan katalaluan yang dibekalkan oleh kami.

Melalui Sistem Pengurusan Pelanggan ini juga, pelanggan boleh melihat progres, memberikan komentar & pandangan serta memuat naik fail yang berkaitan. Disamping itu, pelanggan juga boleh menghantar pertanyaan secara tertutup dengan mudah.

hubungi kami

Plusbytes Solutions (IP0432999-P)

plusbytes-syafiq


Send us a question: